Friday 4 July 2014

Typical Words

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Genap 6 hari dah kita berpuasa. Walau terlambat, beta still nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua rakyat jelata yg masih lagi bernafas hingga ke hari ini.
Entry guwa kali ni guwa nak story pasal typical words yang kebiasaannya kite dengar kat telinga kita. Ya. Tentunya pasal kita. Buat ape guwa nak cerita pasal orang lain. Tu mengumpat namanya.

Di bulan mulia ini, sebaiknya kita jaga pandangan, lidah serta hati kita dari perkara-perkara mendatangkan maksiat dan yang boleh membatal kan puasa kita. MasyaAllah.

Nak mengumpat biar depan-depan. Tu baru lah jujur namanye.

Oke. Back to Basic. Back to Topics.

Typical Words ni kebanyakannya kerap diucapkan oleh sapiens yang sahaja nak tengok kita panas hati. Kadang kala, ape yang dorang tujukan kat kita ni tak boleh diterima akal orang-orang yang waras macam guwa ni. Guwa tak jentik dahi sapiens macam ni dah kira bagus. Haha.

Kebiasaannya, Typical Words diucapkan atas dasar cemburu. Ni menurut Firasat guwa la. Sebab kekadang tu guwa pun jadi mangsa keadaan gak. Apa motif dorang ni pun guwa tak tau. Oleh itu meh la kite semak sesama padia ngan Typical Words ni.

Typical Words 1
"Kau tak payah belajar pun boleh dapat A++"

Penerangan: Ayat kat atas ni memang ayat nak memuji kau la der, tetapi secara tak ikhlas la dan berbaur cemburu. Maksud ayat ni, "Aku belajar macam nak mati pun tak masuk-masuk otak, ko yang rileks je aq tengok boleh pulak skor. Oke jeles."  Secara psychology nya, ayat kat atas tu me-motivate-kan diri sendiri, pada masa yang sama gak mencemburui kejayaan orang lain. Semua ni kena berbalik kat diri sendiri gak, lu kena tanya diri lu tu "kenapa aku belajar tak masuk2 otak eh?" Mesti ade salah silap kat mane-mane. Penyakit dengki ni dahsyat. Boleh makan tuan. So cara nak senyapkan sapiens ni senang je, dengan counter attack yang sentap camni,
"yeS, guwa memang Genius pun, lu ape kisah"

Guwa rasa lagi iman dorang tercabar dengar ayat sentap kau tu. Kalau rasa diri tu tak pandai, better berdoa minta dengan tuhan mohon dipandaikan, tak payah susah-susah mendoakan kepandaian orang lain. Orang tu tak mintak pun, tp kalau dah sedekah, kau Amin-kan je. Bersyukurlah ade gak orang mendoakan kejayaan kau selain dari mak bapak kau. Tak gitter?

Typical Words 2
"Untunglarrrrr...bla..bla..bla n..bla..bla.."

Penerangan: "Untunglarr Mak Bapak kaya" "Untunglarr ade orang support" "Untunglarr tuuu" "Untunglarr niii" Mohon Seteres. Ayat ni selalu kite dengar dari mulut-mulut sapiens yang tak berapa nak faham kita ni macam mana orang nya. Mungkin diorang nampak korang pegang IPhone10 ke, IPad10 ke, Ipod10 ke, henset OPPO10 yang baru tu ke, dorang cakap korang kaya (walhal selama ni PTPTN yang banyak support korang, takpe...guwa paham perasaan korang). Untunglarrr...macam korang ade segala-galanya yang dorang takda. Ni lagi satu masalah psychology yang sapiens hadap sekarang ni selain ber-selfies. Keuntungan seseorang tu dah mula dilihat dari sudut luaran. Nmpak korang pakai outfit ge-grands sikit, dapat la "untunglarr...", nampak korang tetukar boifrens of gelfrens sikit dapatlah "untunglarr...", bile boifrens korang kaya sikit, dapatlah jugak tempias "untunglarr..". Kalau berhadapan ngan sapiens macam ni, gamaknya korang "iye" kan je lah. Tak rugi pun kat korang. Orang dengki ni macam-macam taktik. Orang jeles sebab korang nampak cam kaye? Korang jawab jelah camni,

"Alhamdulillah, Rejeki Tuhan nak bagi"

Konpem. Sapiens terduduk diam pasni. Haha

Ape ape pun tetapkan ke-positif-an dalam diri memasing. Ye la masing2 dah besar panjang dah pun. Parok Nganjing pun dapat dosa je buat hape.

Tapi bagi guwa kan, kalau nak positif sangat pon tak boleh sebab kalau kita je positif, yang lain2 tu dok negatif sokmo lelama jadi negatif jugak lah kan.

Woi. Basic ni bro. Takkan tatau kot.

Oke. Nak sambung tengok si Maid-chan guwa masak.

Selamat berbuka Puasa,
Mong.

1 comment:

PeRdU cINta said...

Sukar untuk kita menelah orang..kadangkala positifnya palsu..dan acapkali negatifnya membantu..pujian boleh melumpuhkan..dan cacian itu juga mampu memperteguh..yang penting kita bijak menilai..insyaallah..