Thursday 26 June 2014

A Very Little Things...


Serabut.
Serabut.
Serabut.

Tunggakan kerja semalam harus dilunaskan jua pagi ini. Kalau tak, assistant planner (S) dan assistant manager (L) aku akan mengamuk.

Dengan dalam tenang-tenang gelabah, aku membuka file report ku yang aku tergendala semalam. Selagak pantas aku membuka email, sambil melilau kedua bebola mata ini mencari email dari Kulai. Email yang semalamnya aku tunggu, tiada kunjung tiba itu.

"Huh, ade pon kau Kulai. Buat serabot aku jah!" Bisikku perlahan. Lalu ku buka email itu beserta file yang diattached bersamanya. Dengan lafaz bismillah, aku mulai senaman jejari-mariku dengan manaip sepantas kilat.

Jam menunjukkan pukul 8.30pagi.

Tanpa ku sedar, D datang kearah mejaku, dengan suara menggedik dan lantangnye menempelak aku, "Elle! Dah pukul berapa ni? Kenapa report tak siap lagi?! Report dari mana lagi yang tak dapat?! Kenapa tak bagitau awal-awal report Kulai tak dapat lg?! Nanti kalau lambat hantar boss marah!"

Err. Pada mulanya aku speechless dengan tempelakan dari D. Aku dapat rasakan, hampir semua mata-mata staf meja lain memandang kearahku.

Maka, Ku gagahkan imanku smbil berkata "D, sabar boleh tak?! Semalam Elle dah bagitau kat L yang Elle akan hantar report tu harini, sebab semalam ade problem kan?! Elle dah bagitau kat L dah pasal ni."

Aku dapat rasakan suaraku meninggi waktu itu. Aku dapat rasakan air muka D berubah akibat kata-kata semburan counter attack yang keluar dari mulutku. Sigh**

Throwback. Semalam.

Aku kian gelisah. Report Kulai yang aku dambakan tidak kunjung tiba. Hanya satu inisiatif itu sahaja yang aku ada. Face to Face dengan L. Ceritakan hal sebenarnya.

"Err L. Sorry, I nak bagitau you yang Shipment Report tak siap lg sbb Kulai tak hantar diorang punya Inventory Report. So sekarang macam mana?" Ucapku, sambil mataku mengerling ke arah jam dinding yang sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang. Waktuku untuk berangkat pulang sudah tiba.

"Oke takpe, kalau esok sudah sampai Kulai punya inventory, you key-in n print kasi I." Balas L.

Fuhh lega. Mujur L baik hati tak tahan aku balik semata mata report tak siap.

Dengan hati gembira. Plus sedikit serabut memikirkan bebanan kerja esok, aku dengan pantas mengemas beg dan mencapai payung biruku dan terus pulang kerumah.

Oke. Throwback habis kat sini. Esoknya...

Setelah terkesima akibat di counter attack oleh ku. D kembali ke mejanya. Mengeluarkan smartphone nya. Membuka aplikasi whatsapp yang digemari anak anak muda zaman sekarang ini. D membuka group whatsappnya.

Aku buat muka tak bersalah dan terus menaip. Sampailah siap kesemua reportku.

Lalu aku taktahu apa yang terjadi selepas itu sampailah...keesokan harinya....

Semua staff buat tidak tahu dan tidak menegur aku. Sampailah sekarang. D semakin hari semakin membenci aku.

Padahnya apabile ter-outspoken sikit.

Sometimes people cannot accept that what we said actually true. N they keep being a pusher.

I stop speaking. I just living my life like a statue here. I dont really mind people and what they said bout me. I just dont care.

You will never please the society. If life is such a bitch to you, by bitching back at her is not sins. Its called courage!

Mengumpat dalam whatsapp pun boleh jadi nok.
Haishh.

Macam-Macam.

Penstory,
Mong.

No comments: