Saturday 5 July 2014

Critical Thinking


Tap Tap Tap

Jejari mariku pantas menaip keyboard berwarna hitam dihadapan ku. Mataku merenung tajam kearah skrin monitor komputer peribadi milik syarikat yang dimana aku kerahkan segala khudrat yang aku ada dalam menjalani latihan industri.
Disini.

Maaf.
Aku terlampau fokus hari ini. Manakan tidaknya, hari ini merupakan hari yang sibuk buatku di pejabat. Begitu Khusyuk sekali aku menaip hinggakan boss-ku, L, memanggilku berulangkali. Namun aku endahkan jua panggilan beliau pada akhirnya.

"Elle, mari sini" ucap L.

Dup Dap Dup Dap

Aku mulai gelisah.

'Kenapa pula si L ni nak panggil-panggil pulak ni, tak nampak ke aku tengah busy? Aishh layankan je la' bisikku. Cuak.

Aku menghampiri mejanya.

"Ye L, nak ape?" Tanyaku penuh curiga.

"You tahu kan, printer machine rosak?"

"Yup"

"Kalau rosak, tak boleh nak copy report kan?"

"Err...Yup"

"So Macam mana you nak gather data kalau you tak boleh nak copy dari original report, incase original report nak digunakan oleh department lain? Macamana? Come on Elle? Macamana?"

Soalan apekah. Kejap. Otak aku tak boleh nak berfungsi lagi sekarang ni. Aku Blurr.

"Err, I pinjam dulu yg original, I key-in data, nanti I pulangkan semula kat owner dia"

"Haha..Aiyyaa Ah Moi..You tahu itu camera kan? Dekat henfon you ade camera kan?" And soooo on...

Mong~

Shoot! Dunia ku gelap secara tiba-tiba. Malu aku kat situ. Aku rasa macam nak baling kerusi kat muka beliau pun ade time tu.

Tapi takpe. Aku dapat belajar dari kesilapan aku sebagai student intern, yang tak cukup bagus dari cara pemikiran kritis. Soalan simple pun, aku tak boleh nak jawab. Apa lagi yang susah-susah macam soalan add-math tu kan?

Tu lah dia pengalaman aku pasal Critical Thinking.
Kita tak diajar benda-benda macam ni kat sekolah mahupun university. Kita perlu belajar dari pengalaman dan situasi. Memang bermakna. Memang sentap.

Harap orang lain takde la yang lagi mong~ macam aku. Kesian kat diri sendiri pun ada.

Salam 7 Ramadhan,
Mong.

1 comment:

PeRdU cINta said...

Ilmu pendidikan,, akademik..bila digabung dengan ilmu kehidupan..pengalaman..yes insyaallah kita akan dapat satu acuan kehidupan yang baik..