Sunday 6 July 2014

Stress-less Sunday

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik.
Dah hari ke 8 Ramadhan rupanya.
Tinggal 3 minggu lagi nak Syawal.
Nak raya.

Bukan nya apa.
Ni pasal orang Melayu kita juga.
Mana-mana ana pergi.
Ana nampak Melayu kita.
Buat apa?
Melebih-lebihkan Syawal yang lambat lagi nak menjelma.
Dari bulan Ramadhan yang Mulia.

Kenapa ya?
Entah.
Mungkin tradisinya sudah begitu agaknya.

Hormatlah.
Setidak-tidaknya, muliakan lah Ramadhan yang ada.
Kerana ada padanya pahala yang berganda.

Bukannya berdendang sayang menyanyikan lagu raya.
Bukannya menganyam ketupat dan lepat untuk digantungkan di dinding-dinding.
Bukannya sibuk mereka-reka ayat untuk disumbatkan ke dalam kad-kad raya.

Hmmph..
Bila ditegur.
Alasan sama.
Bersedia menyambut Syawal.
Tetapi.
Adakah anta faham.
Anta beriya menyambut Syawal ber-erti anta beriya meninggalkan Ramadhan?

Mungkin Ramadhan akan kembali.
Adakah ana dan anta masih wujud lagi saat itu?

MasyaAllah.
Ramadhan mungkin takkan kembali untuk ana dan anta.
Oleh itu Bersederhanalah.

Peringatan untuk ana juga. InsyaAllah.

Marilah ana belanja beberapa gambar keluarga ana, dari anta-anta tengok gambar perempuan seksi, dapat dosa pun berganda..hahaha

Yakni ana,
Mong.

P/s; RIP buat Doggy n Henry. Tuhan lebih sayangkan kamu.. T_T

1 comment:

PeRdU cINta said...

Itulah yang sebaiknya., bersederhana dalam segenap sudut..gembiranya syawal akan lebih terasa dan bermakna andai kita benar benar menghayati ramadhan itu sendiri..