Tuesday 8 July 2014

Pinjam Sekejap

"Elle.. Elle.. sini kejap"

Aku menoleh. 
'Eh si L ni. Tadi dah panggil aku pasal report silap. Kali ni pasal ape pulak agaknya?' Aku mulai cuak.

"Yep."

"I kalau boleh..nak you bagi jawapan cepat pasal proposal last week. I bukan ape, atleast kalau I dah tau ape you punya decision, I boleh kawtim sama boss," ucap L.

Aku mengeluh.
"Err. Nak kena bagi jawapan sekarang ke?" Tanyaku lagi.

L senyap. "Boleh boleh...ambil kerusi, meh duduk sebelah I. I nak dengar ape cerita dari you."

Aku menarik kerusi merah lalu duduk dihadapannya. Duduk ayu lagi tu.

"Hmm sebenarnya, I dah dapat offer kerja dekat PTP. Dah 2bulan lepas I apply" ceritaku. Selamba.

"Oh PTP.? Okay. Okay. Berapa diorang bagi you?" Tanya L Sambil menghulurkan kalkulator hitamnya padaku.

Alamak.
Nak type ape ni.
Berapa PTP nak bayar aku agaknya ni?

Lama ku renung skrin kalkulator. Idea. Dengan kelam kabut ku menaip "2.3"
Bermaksud 2.3K atau kata lainnya.. RM2300

"Ini basiclah." Aku ucapkan pada L.

"Wow. Okay, okay" L seakan sentap.

"Company apa?" Tanya L lagi.
"Dash3Marine" jawabku. Selamba.

Aku petik Company ni pn sebab King kerja situ. So aku tau la sedikit sebanyak pasal company ni.
Lau tak..parokk!

"Oh itu company ade dalam google ke? Ahh..nanti I cari"

"Ada"
"Kot" jawabku was-was.

"Okay I faham. I faham. I mahu kasi you tau, ini company kalau you student degree, kami orang takkan boleh bagi punya 2.3. Paling banyak pun..."L menaip di kalkulator.

"Ini"

Aku menjenguk skrin kalkulator. "1.3"

'Mak aih sikit giler der. Takpe dengar dulu ape dia ni nak berbual'

"Kalau you masuk sini. I boleh kasi you atleast Assistant Planner. Harga you.. kurang sikit dari ini macam..2.3"

"Oh..okay okay" jawabku lesu.

"Takpa takpa. You fikir dulu betul2. Kalau you rasa, nak change decision ke, you bagitau I. Or kalau after you kerja PTP you tetiba rasa, 'kerja ni tak sesuai la dengan I' you contact I, I boleh arrangedkan position kasi you. Hmm tetapi. I tak give up lagi. You boleh buat decision pasal proposal I sampai you habis intern. Kalau you berubah fikiran you kasi tau I cepat-cepat. Okay?" Ujar L panjang lebar.

"Okay. Sorry L. N thanks" jawabku. Dan aku ligat bangun lalu pantas meninggalkan meja nya.

Fuh
Fuh
Jantung berdegup kencang.
Aku cuak.
Sebab.
Menipu.

Tetapi aku sudah tidak punya alasan lain.
Ya Allah. Ampunkan hambamu ini. Amin.

Aku duduk di tempatku semula. Lantas menaip mesej untuk King.

Aku lega. Dalam keadaan natural sekali aku menyelesaikan masalah ku.

Setel.
Lepasni. L takkan sibuk menanyakan hal yang sama lagi. Aku boleh berehat sementara buat masa ini. Kalau difikirkan. Makin stress.

Apa yang boleh aku konklusikan.
Aku tidak mahu meneruskan karier aku disini.
Bukan sebab gaji.
Bukan sebab bos yang terlampau baik hati.
Tetapi. Sebab.

Aku dah tawar hati.
Difitnah sana sini.

Its better aku pergi. InsyaAllah rezeki lain menanti.

P/s: My King is my dad. Kbai.

Pendusta,
Mong.

1 comment:

PeRdU cINta said...

Hehehe..persekitaran juga penting untuk kita berada di zon selesa untuk bekerja..