Thursday 17 July 2014

Terlepas Pandang

Alkisah 28 June 2014.

Sedang sibuk2 membelek2 fesbuk.
Tiba-tiba anak mataku terpandang kearah beberapa gambar accessories items yang antique2.

Aku pun berminat.
Lalu aq decide untuk contact my little sister.
And then aku decide untuk contact seller mngatakan aku berminat nak beli accessories items tersebut.

I am a efficient buyer.
Once aku dah tertarik akan keindahan sesuatu. Aku akan terus beli. Terus bayar pada hari yang sama.

Dipendekkan cerita.

5 July 2014.
"hi. Betul ke you dah post barang I? Tak sampai2 pun"

Namun tiada kata reply.

9 July 2014.
" Salam. Sy nak tanya. Betulke awk dh pos barang? Sbb smpai sekarang tak sampai2 lg. Mohon respon segera."

Ini kali kedua aku yang humble ni bagi mesej. Kot kot la dia dah post tp salah alamat ke hape ke. Tak ke naya aku?

Syukur.

Seller replied dengan menanyakan tarikh aku buat bayaran & personal information.

Then kemudiannya, additional mesej dari seller mengatakan:

" salam sejahtera kpd pelanggan yg kami hormati. kami memohon kemaafan di atas kelewatan anda menerima barang yg dipesan di atas beberapa masalah di luar jangkaan kami. kami telah pun menghantar semula pesanan anda pada tarikh 7 julai 2014. dijangkakan barangan anda akan dpt diterima selewat2nya sebelum atau pada 14 julai 2014. segala kesulitan amatlah kami kesali. sebagai tnda permohonan maaf kami. anda layak untuk mendapat diskaun rm5 utk pembelian berikutnya."

Dalam hati aku "aku tak peduli dapat diskaun or tak, yang penting apa yang aku order mesti sampai ke tangan aku. Sebab aku dah bayar."

Then aku tunggu lah sampai 14 July 2014.

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tak sampai2 jugak barang aku.

Ape de hell punya bisnes?

17 July 2014.

Dan aku pun tak jemu menghantar lagi mesej yang sama. Serupa Ah long pun ada.

" Slm. Brg sy still xsampai2 lg kerumah. Boleh tolong jelaskan?"

Seller tanya lagi aku bila aku buat payment , lepastu cakap barang dah dipos, and then sila contact main fesbuk dia untuk dapatkan tracking number.

Aq pun pergilah main fesbuk dia, tanya tracking number untuk package aku.

Ternyata takde. Menurut beliau. Mungkin terlepas pandang, sebab 28 June tu dah lama sangat, so seller mintak maklumat peribadi aku lagi. Ni dah kali ke 3. Poyo tak poyo...aku bagi je.

The Hell.
Bulan2 puasa ni lah orang nak cari gaduh dengan aku.

Silap2 ade steering lock makan tuan kang. Nyahahahaha!

Geram punya pasal. Aku siap bagi tazkirah lagi kat dia. Harap seller tu sedar lah pasni yang customers trust tu penting, they all perlu jaga.

Jangan hanya kerana setitik nila. Rosak susu sebelanga.

Jangan kerana satu online shop, semua shop dituduh tak jujur dalam menjalani online business.

Sebagai pembeli pula. Berjaga-jagalah. Tak semua orang kat dunia ni kita boleh expect yang diorang tu jujur. Nak2 lagi online shopping.

Tapi syukur la stakat ni, ini saja yang buat pasal. Mungkin mika jujur, terlepas pandanglah sangat kot.

Dan kita mestilah sentiasa follow-up. Sebab kita dah bayar. Bayar dengan duit. Bukannya bulu ketiak. Haha

Kalau tak sampai juga. Gamaknya steering lock aku hadiah kat lu.
Nyahahahahaha!

Desperados,
Mong.

1 comment:

PeRdU cINta said...

Bila berurusan online ni..kejujuran adalah golden key nya..kerana kepercayaan pembeli adalah penanda aras kualiti service..