Tuesday 15 July 2014

Andainya Aku Pergi?

Semalam.

Sakit Hati.

Ini yang aku alami sepanjang 5 bulan 1 minggu aku berada disini. Menjalani Program Latihan Industri.

Mungkin. Ini sudah takdirku. Melayan kerenah-kerenah tidak matang officemates disini.

Bagai patung cendana.
Tak punya perasaan.
Tak punya erti lelah.
Tak punya rasa penat.

Menaip.
Menaip.
Menaip.

Itu sahaja tugasku seharian.

Teamwork?

Istilah ini tak lagi digunakan dalam team-ku.

Semua kerja mereka, mereka hamburkan kepadaku.
Sampaikan, masa untukku berehat bahkan tidak ada. Sanggupku menyiapkan tugas, mencuri sedikit waktuku berehat untuk menyiapkannya.

Ya. Aku cukup berdedikasi dalam hal-hal yang menurut ku "priority one".
Tapi.
Aku bukan robot.

Cemburu.
Tatkala melihat yang lain mempunyai masa hang-out bersama. Aku?
Duduk di mejaku. Menaip. Menahan letih fizikal mental.

Hmph. Aku sudah lali.
Sejak 5 bulan lepas.

Aku tak tahan lagi.
Aku perlu untuk membalas dendam. Sehari pun memadai. Oh tuhanku. Ampunilah hambamu ini.

Hari ini.

Aku bercadang untuk tidak datang ke Office.
Alasanku. Gastrik?
Walhal itu tidak benar.

"Hi L, I absent for today, emergency. Thanks"
Mesej ditaip sejurus aku membuat keputusan sejak semalam lagi.

Send. Received.
Dan L replied: "OK"

Thanks goodness.

Aku ingin melihat betapa kucar kacirnya hidup mereka "team-ku" andai aku tidak muncul tanpa notis, hanya untuk sehari. Sehari pun memadai.

Berani buat.Berani mati. Berani tanggung.

Aku pun ada perasaan juga.
Bukan patung.

Ya.
Ternyata khabar disampai kan oleh si burung pipit adalah khabar gembira:

"Kalut giler diorang, sampai tak pergi rehat semua!"

Hmmph.
Sudah ku jangka. Selama ni, hampir 90% tenaga ku dikerah untuk menaip. Tatkala mereka semua mengalihkan tugas-tugas mereka kepadaku, satu apa pun mereka tidak peduli apa yang terjadi ke-atasku. Samaada aku berehat ataupun tidak.

Aku ketawa. Puas.

Namun.
Aku masih tak berpuas hati. Masih tamakkan dendam.
Kalau aku baik hati.
Yes, I'll come. If not, hell's waits for you though.

I'm not yet satisfied. Maybe I'll continue with Gastric 2.0? For tomorrow.

HaHaHa.

P/s: Nayh...I might do it again!

Just Kidding,
Mong!

No comments: