Tuesday 29 July 2014

Syawal dan Kesederhanaan.

Assalamualaikum dan Salam kedua Syawal.

Actually guwa nak buat entry ni dari semalam lagi. Tetapi memandangkan guwa busy acah-acah kemas rumah. So tak jadi lah.

Tiada apa yang menarik dengan Raya 2014 kali ni, bagi guwa dan famili. Sebagai memperingati MH17 serta saudara-mara seagama-seislam kita di Gaza, Palestine.

Berlainan dengan tahun2 sebelumnya, guwa antara orang-orang yang excited pergi bersiap awal mengenakan baju baru dan ikut pergi menziarahi saudara-mara yang berhampiran. Tetapi tidak kali ini.

Ditambah pula dengan misteri kehilangan KoKo, (no-human-family-member) kesayangan kami, bonda guwa kelihatan sedih dipagi hari Raya semalam. Sampaikan beliau bercadang untuk mengeluarkan flyers "lost-child" untuk diedarkan dikawasan taman perumahan kami. Mujur sahaja kami tidak membuat laporan polis.

Sekitar beberapa family sahaja yang datang berkunjung kerumah. Mungkin kerana masih diaawal Syawal. Ramai yang pulang kekampung halaman. Mendahulukan orang-orang tua mereka.

Tengahari.

Kami bersiap ala kadar untuk pergi menziarahi saudara terdekat. Hanya 2 buah rumah sahaja yang berhasil dikunjungi. Yang lain tiada berpenghuni. Mungkin. Masih diawal Syawal.

3-4 jam sebelum tengah malam.

Ayahanda masuk kerumah dengan muka gembira. Menggendong KoKo yang kelihatan berserabai sekali keadaannya, membuatkan bonda gembira acah-acah anak dirantauan pulang ke desa. Dikisahkan beliau tidak berlari kemana-mana. Tetapi musykil melanda, ayahanda menjumpai beliau diatas bumbung rumah kami hendaknya.

Sigh.

Tak kisah lah asalkan beliau pulang kerumah. Menjadi mainan bonda guwa tatkala sunyi.

Tiada terma berbaju baharu.
Untuk guwa tahun ini. Overall-denim-skirt pun sudah memadai. Itu pun pemberian arwah kakak angkat guwa.

Selamat Hari Raya akak. Moga akak tenang disana. InsyaAllah.

Esok.

Last day guwa. Internship. Secara rasminya. Alhamdulillah. Penyeksaan jiwa dan raga guwa bakal berakhir. Bermulalah kisah guwa job-hunting pula selepas ini. InsyaAllah.

Mari. Guwa serlahkan bakat guwa dengan serangkap pantun yang guwa cipta sendiri. Hehe.

Tatkala Ramadhan berlalu pergi,
Sampai sudah Syawal dinanti,
Salah dan silap mohon dimaafi,
Dari hujung rambut hingga hujung kuku jari kaki.

Salam Syawal dari Kami Sefamili,
Maaf Zahir Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

InsyaAllah.
Kemaafan yang lahir dari hati, boleh mensucikan penyakit hasad dan dengki.

Ikhlas dari,
Mong.

1 comment:

PeRdU cINta said...

Salam lebaran daripada kak PC juga..maaf zahir batin..